Pemerkasaan Bahasa Melayu Melalui Penerapan Pendekatan Pembelajaran Kontekstual: Satu Anjakan Teori dan Amalan
Abstract
ABSTRAK: Tiada satu pendekatan pun yang boleh dikatakan sebagai pendekatan yang terbaik dan mesti digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Kertas kerja ini cuba mengutarakan beberapa aspek yang ada dalam pendekatan pembelajaran kontekstual dan bersama-sama menelitinya, sama ada elemen-elemen yang mendokongnya itu sesuai diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu atau tidak. Oleh itu, kertas kerja ini memfokuskan perbincangan kepada hal-hal yang berkaitan dengan pengertian, rasional, bentuk, strategi, dan beberapa perkara yang berkisar tentang pendekatan pembelajaran kontekstual, termasuklah membandingkan pendekatan pembelajaran kontekstual dengan pendekatan pembelajaran tradisional, dan akhirnya ialah matlamat pendekatan pembelajaran kontekstual. Pendekatan pembelajaran kontekstual yang berkesan memerlukan kesepakatan murid dan guru, kerjasama semua pihak, dan interaksi antara kurikulum, kaedah pengajaran, situasi, dan masa. Malah, pembelajaran yang efektif juga memerlukan penglibatan masyarakat dan industri. Mereka perlu bekerjasama bagi merancang strategi yang dapat menjayakan wawasan sekolah. Dengan itu, semua pihak sebagaimana yang tersebut, iaitu sekolah, industri, masyarakat perlu positif dan bersedia menerima perubahan jika mahu akan kejayaan pengajaran dan pembelajaran secara kontekstual. Namun begitu, hakikat bahawa pendekatan pembelajaran kontekstual ini ada kekuatan dan kelemahannya, jika diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu tidaklah dinafikan.
KATA KUNCI: Pendekatan pembelajaran, pemerkasaan Bahasa Melayu, dan pembelajaran secara kontekstual dan tradisional.
===
Nik Hassan Basri Nik Ab Kadir ialah Pensyarah pada Fakulti Bahasa dan Komunikasi UPSI (Universiti Pendidikan Sultan Idris), Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan, Malaysia. Alamat emel: nhbupsi@yahoo.com
How to cite this article? Nik Ab Kadir, Nik Hassan Basri. (2011). “Pemerkasaan Bahasa Melayu Melalui Penerapan Pendekatan Pembelajaran Kontekstual: Satu Anjakan Teori dan Amalan” in ATIKAN: Jurnal Kajian Pendidikan, Vol.1(1) Juni, pp.141-152. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press owned by ASPENSI in Bandung, ISSN 2088-1290.
Chronicle of the article: Accepted (April 20, 2011); Revised (May 11, 2011); and Published (June 5, 2011).
Full Text:
PDFReferences
Kamus Dewan. (2005). Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik Hassan Basri Nik Ab Kadir. (2005a). Citra KOMSAS. Tanjong Malim, Perak: Penerbit UPSI [Universiti Pendidikan Sultan Idris].
Nik Hassan Basri Nik Ab Kadir. (2005b). Teori Bahasa: Implikasinya Terhadap Pengajaran Tatabahasa. Tanjong Malim, Perak: Penerbit UPSI [Universiti Pendidikan Sultan Idris].
Nik Hassan Basri Nik Ab Kadir. (2007a). KOMSAS dan Tatabahasa Melayu Teras Pegangan Guru. Kuala Lumpur, Malaysia: Icon Region Sdn. Bhd.
Nik Hassan Basri Nik Ab Kadir. (2007b). KOMSAS Pegangan Teras Keterampilan. Kuala Lumpur, Malaysia: Icon Region Sdn. Bhd.
PPK [Pusat Perkembangan Kurikulum]. (2001a). Kajian Masa Depan. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
PPK [Pusat Perkembangan Kurikulum]. (2001b). Kecerdasan Pelbagai. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
PPK [Pusat Perkembangan Kurikulum]. (2001c). Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
PPK [Pusat Perkembangan Kurikulum]. (2001d). Pembelajaran Secara Konstruktivisme. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
PPK [Pusat Perkembangan Kurikulum]. (2001e). Pembelajaran Secara Kontekstual. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Saedah Siraj. (2011). Kajian Masa Depan dalam Pengembangan Kurikulum. Bandung, Indonesia: Pustaka Cendekia Utama.
DOI: https://doi.org/10.2121/atikan-journal.v1i1.111
DOI (PDF): https://doi.org/10.2121/atikan-journal.v1i1.111.g111
Refbacks
- There are currently no refbacks.
ATIKAN: Jurnal Kajian Pendidikan. This work is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 4.0 International License