SUSURGALUR

SUSURGALUR: Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah (Journal of History Education & Historical Studies). This journal, with print ISSN 2302-5808 and online ISSN 2684-7388, was firstly published on March 24, 2013, in the context to commemorate the BLA (Bandung Lautan Api or Bandung a Sea of Flames)’s Day in Indonesia. The SUSURGALUR journal has jointly been organized by the Lecturers of APB UBD (Academy of Brunei Studies, University of Brunei Darussalam) and International & History Studies FASS (Faculty of Arts and Social Sciences) UBD in Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam, since issue of September 2013 to date; and published by Minda Masagi Press, a publishing house owned by ASPENSI (the Association of Indonesian Scholars of History Education) in Bandung, West Java, Indonesia.

The articles published in SUSURGALUR journal are able to be written in English as well as in Indonesian and Malay languages. The SUSURGALUR journal is published every March and September. This journal is dedicated not only for Indonesian scholars who concern about History Education and Historical Studies, but also welcome to the scholars of Southeast Asian countries and around the world who care and share related to the History Education and Historical Studies in general. 

The SUSURGALUR journal is devoted, but not limited to, history education, historical studies, and any new development and advancement in the field of history education and historical studies. The scope of our journal includes: (1) History Education and National Character Building; (2) Political, Social, Cultural and Educational History; (3) Education, History, and Social Awareness; (4) Economic History and Welfare State; (5) Science, Technology and Society in Historical Perspectives; (6) Religion and Philosophy in Historical Perspectives; and (7) Visual Arts, Dance, Music, and Design in Historical Perspectives.

Since early 2016, the website of SUSURGALUR journal has been migrated from web based on WP (Word Press) program towards the web based on OJS (Open Journal System) program at: www.journals.mindamas.com/index.php/susurgalur. However, the conventional e-mail address for sending the articles is still able to: susurgalur.jurnal2013@gmail.com and midamas.journals@gmail.com


Kata Aluan untuk 
SUSURGALUR: Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah
(Journal of History Education & Historical Studies),

Volume 6(2), September 2018.

Prof. Madya Ampuan Dr. Haji Brahim bin Ampuan Haji Tengah
Pengetua Sidang Pengarang Jurnal SUSURGALUR di Bandung, Indonesia; dan Pensyarah Kanan pada APB UBD (Akademi Pengajian Brunei, Universiti Brunei Darussalam) di Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam.

Negara Brunei Darussalam mula menerima pengaruh pemodenan pada tahun 1906. Pada tahun inilah Perjanjian Tambahan telah ditandatangani antara kerajaan Brunei dan British. Menerusi perjanjian ini, seorang Residen British dilantik untuk membantu Sultan dalam menjalankan pentadbiran kerajaan Brunei. Segala nasihat Residen hendaklah diikuti, kecuali dalam hal ehwal ugama Islam. Kemunculan pentadbiran Residen tidak hanya membawa pengaruh pemodenan dalam bidang politik, tetapi juga dalam bidang sosial dan ekonomi.

Salah satu bidang sosial yang menerima pemodenan pada ketika itu ialah bidang pendidikan. Masyarakat Brunei, khususnya orang-orang Islam, memang sudah lama mempunyai sistem pendidikan Islam. Bagaimanapun, ia dilaksanakan dalam bentuk tradisi yang dilakukan di rumah-rumah, surau, masjid, dan balai. Ia dijalankan secara persendirian dan sukarela, tanpa campur tangan daripada pihak kerajaan. Dengan kata lain, pendidikan Islam tersebut bersifat tidak formal.

Apabila sistem pentadbiran Residen diperkenalkan dalam pentadbiran awam Brunei, Residen British merasa sukar mendapatkan anak-anak Brunei yang pandai membaca dan menulis dalam huruf Rumi. Mereka ini diperlukan dalam membantu Residen menjalankan jentera pentadbiran awam Brunei yang semakin berkembang. Lantaran itu, timbul idea untuk menubuhkan sekolah bagi melahirkan anak-anak Brunei yang boleh membaca dan menulis dalam huruf Rumi. Maka dengan itu sekolah Melayu pun ditubuhkan pada tahun 1914, yang merupakan sistem pendidikan formal dan moden yang pertama diperkenalkan di Brunei.

Sejak itu sistem pendidikan formal terus berkembang, bukan hanya dengan kewujudan sekolah Melayu, tetapi kemudiannya diikuti oleh kemunculan sekolah China, Inggeris, dan Agama. Kepelbagaian aliran pendidikan tersebut menunjukan bahawa kerajaan Brunei pada ketika itu mengamalkan sikap toleransi terhadap kepelbagaian aliran pendidikan atau sekolah vernakular, sungguhpun ada sesetengah negara tidak melaksanakannya kerana kesan jangka panjang dari segi perpaduan rakyat berbilang kaum tidak begitu baik.

Sistem pendidikan formal yang dijalankan di Brunei masih berhadapan dengan berbagai cabaran, terutama dari segi kehadiran pelajar-pelajarnya yang berada di tahap yang kurang memuaskan. Hal ini mendorong pihak kerajaan menggubal undang-undang yang mewajibkan kehadiran pelajar-pelajar ke sekolah pada tahun 1929.

Sistem pendidikan formal Brunei terus berkembang dan sentiasa mengalami perkembangan dan perubahan dari masa ke semasa. Masyarakat Brunei pula secara beransur-ansur telah menerima dan menyedari bahawa pendidikan itu penting kepada masa depan anak-anak mereka. Oleh yang demikian, dasar-dasar khusus dalam menentukan hala tuju sistem pendidikan di negara ini perlu ditentukan. Dasar-dasar pendidikan yang sudah ditentukan dan berjalan dari masa ke semasa mengandungi berbagai isu yang boleh diperkatakan dan dibincangkan.

Artikel-artikel yang wujud dalam jurnal SUSURGALUR, isu September 2018 ini, sememangnya tidak semua ada hubung-kait dengan pemerihalan sejarah pendidikan. Tetapi sedikit sebanyak ianya menyentuh agenda yang kritikal dan relevan, iaitu pembinaan modal insan sebagai pemangkin bagi wujudnya sebuah negara-bangsa yang maju, moden, dan berkebajikan. Sebagai makluman bahawa pendidikan adalah pelaburan modal insan bagi sesebuah bangsa yang boleh menjadi negara maju di masa hadapan.

Artikel yang ditulis oleh Muhammad Hadi Muhammad Melayong daripada Brunei Darussalam, yang bertajuk “Dasar Biasiswa ke Luar Negeri: Satu Perspektif Sejarah Pendidikan di Negara Brunei Darussalam”, contohnya, jelas memperkatakan sebuah visi daripada kerajaan Brunei Darussalam untuk menjadi negara maju dan berkebajikan dengan membuat dan melaksanakan dasar beasiswa kepada pelajar-pelajar tempatan untuk dihantar menuntut di luar negara. Ini adalah satu dasar yang kritikal dan strategis dalam pelaburan modal insan untuk kemajuan dan kemodenan sebuah negara di masa hadapan.

Artikel yang ditulis oleh Agnes S. Reyes daripada Philippines, yang bertajuk “Bullying Experienced among Indigenous People Students of PNU–North Luzon: A Basis for Fomulating School Policy”, pula jelas masih ada hubung-kait dengan alam pendidikan, khasnya mengungkayahkan proses pendidikan yang adil dan selesa bagi pelajar-pelajar bumiputera Philippines, tanpa dibuli dan diperkatakan dengan stigma yang buruk.

Manakala artikel-artikel bakinya, seperti mana yang ditulis oleh Nur Syazwani binti Haji Md Suif daripada Brunei Darussalam; Desi Rusmiati, Andi Suwirta & Moch Eryk Kamsori daripada Indonesia; serta Mahadirin bin Haji Ahmad daripada Malaysia – walaupun kurang ada hubung-kait dengan pembinaan pendidikan – jelas kekal kritikal dan relevan, memandangkan ianya memperkatakan: punca daripada krisis ekonomi di Asia pada tahun 1997/1998; pandangan tokoh-tokoh media massa terhadap kehidupan demokrasi di Indonesia; serta sejarah dan gerakan mogok di Malaysia.

Selamat membaca dan semoga wujud manafaatnya.

Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam: 30hb September 2018.

Journal Cover of SUSURGALUR, Issue of September 2018.

Jointly Organized and Published by:   

  

Minda Masagi Press owned by ASPENSI (Association of Indonesian Scholars of History Education) in Bandung; the Lecturers of APB UBD (Academy of Brunei Studies, University of Brunei Darussalam); and the Lecturers of International and History Program FASS UBD (Faculty of Arts and Social Sciences, University of Brunei Darussalam) in Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam. For searching the institutional websites, it is available online at: www.mindamas.com and www.ubd.edu.bn 

The website of KEMENRISTEKDIKTI RI (Ministry of Research, Technology, and Higher Education of the Republic of Indonesia) in Jakarta related to the scholarly journals is also available online at: http://simlitabmas.ristekdikti.go.id


Vol 6, No 2 (2018)

Table of Contents

Articles

Nur Syazwani binti Haji Md Suif
Abstract views: 98       PDF downloads: 49
PDF
Desi Rusmiati, Andi Suwirta, Moch Eryk Kamsori
Abstract views: 32       PDF downloads: 16
PDF
Mahadirin bin Haji Ahmad
Abstract views: 132       PDF downloads: 66
PDF
Agnes S Reyes
Abstract views: 92       PDF downloads: 46
PDF
Muhammad Hadi Muhammad Melayong
Abstract views: 38       PDF downloads: 19
PDF
Editor Journal SUSURGALUR
Abstract views: 2       PDF downloads: 1
PDF
Editor Journal SUSURGALUR
Abstract views: 4       PDF downloads: 2
PDF
Editor Journal SUSURGALUR
Abstract views: 6       PDF downloads: 3
PDF